Thursday, November 8, 2007
Majlis Menyambut Bakal-Bakal Haji 1428H/2007M
Pada hari ini telah diadakan majlis menyambut bakal-bakal jemaah haji yang akan pergi menunaikan haji pada tahun ini 1428 H. Alhamdulilah pada tahun ini, seramai 20 orang jemaah kariah Surau An-Na'im telah dijemput menjadi tetamu khas Allah ke tanah suciNYA. Majlis yang gilang gemilang ini dimulakan dengan solat maghrib berjamaah dan disusuli dengan bacaan yasin , doa selamat dan tahlil yang di pimpin oleh Tuan Imam, Tn. Haji Abdul Jalil. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Tuan Pengerusi Surau An-Na'im, Tn. Haji Razali Zakaria dan wakil jemaah yang akan menunaikan haji iaitu, Prof. Mohamad Bin Awang. Seterusnya penyampaian cenderahati kepada 20 orang jemaah yang disampaikan oleh Tuan Pengerusi. Majlis disambung dengan menunaikan solat Isyak berjemaah dan jamuan.*Harap maaf. Atas sebab teknikal, tiada gamba bagi berita ini*
-Disediakan Oleh-
Bro Alhariz
Labels: Berita
Thursday, November 1, 2007
Majlis Khatam Quran, Jamuan Hari Raya & Meraikan bakal2 haji (Kaum Muslimah)
Hari: Khamis
Tarikh: 1 November 2007
Masa: Selepas Solat Isyak
Tempat: Surau An-Na'im
Masa: Selepas Solat Isyak
Tempat: Surau An-Na'im
Seperti yang dirancangkan seminggu sebelum program akhirnya berjalan juga Majlis Khatam Quran, Jamua Hari Raya & meraikan Bakal-bakal haji. Majlis ini bermula dengan bacaan surah-surah lazim yang dimulakan oleh Ustazah Fatimah selaku guru utama bagi kaum muslimah. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa selamat bagi mendoakan bakal-bakal haji. Kemudian disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada bakal-bakal haji dan pentadarus-pentadarus semasa bulan ramadhan dan jamuan hari raya idulfitri.


-Disediakam Olah-
Bro Alhariz
Bro Alhariz
"Maaf kerana tiada gambar pada page ini"
Labels: Berita

