Wednesday, October 10, 2007
Tazkirah Maghrib- 1 Okt 07
disampaikan oleh Ustaz Azhar Yahya...يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"
-Al-Baqarah, ayat 183-
Ayat tersebut turun pada 10 Syaaban tahun 2 Hijrah.
Allah kaitkan kewajipan berpuasa dengan sejarah. Hikmahnya, supaya kita mengkaji.
Pada zaman dahulu, wajib berpuasa pada
-ayyamul bayadh, 13,14 & 15 setiap bulan hijrah
-isnin dan khamis
-yaumul asyura', 10 Muharam
-hari Arafah, 9 Zulhijjah
Perubahan hari berpuasa hanya boleh dibuat oleh Allah.
"Apa sahaja yang kami ubah, kami akan ganti yang sama @ yang lebih baik"
Puasa Ramadan ialah suatu yang boleh dibanggakan kerana syariatnya tetap terjaga.
Allah menggunakan perkataan
كتب عليكم الصيام -telah ditulis @ dipahat ke atas kamu berpuasa
tidak pula Allah menggunakan فرض -difardhukan @ وجب -diwajibkan
Ulama berpendapat bahawa jika menggunakan "diwajibkan @ difardhukan", banyak benda yang berkaitan dengan kewajipan yang manusia langgar. Oleh itu, Allah menggunakan perkataan "dipahat" yang memberi makna telah terpahat kewajipan untuk berpuasa.
Jika kita lihat semula, ramai manusia yang mengabaikan kewajipan lain, tetapi masih menjaga syariat berpuasa. Hukum berpuasa inin tidak akan diubah oleh sesiapa pon, walaupon hukum-hukum yang lain habis berterabur dibuatnya. Sebagai contoh, ramai yang meringan-ringankan hukum solat samada melewat-lewatkannya atau tidak solat langsung tetapi tidak ada seorang pon yang mengubah waktu berpuasa seperti mempercepatkan waktu berbuka 3 jam awal.
Setiap orang dicampakkan 'kehendak untuk melakukan kebaikan'. Tujuannya supaya..
1) manusia diberi peluang untuk kembali kepada Allah
2) manusia diberi peluang untuk membaiki diri sebulan Ramadan
Allah mencampakkan rahmatNya, ruang yang begitu luas sepanjang 30 hari pada bulan Ramadan. Tiada syaitan yang mengganggu tetapi hanya manusia yang mengingkari perintah Allah pada masa ini atas kawalan nafsu. Mudah-mudahan, nafsu kita dapat dididik sebulan ramadan ini. Jika kita melakukannya dengan bersungguh-sungguh, kita akan dapat melihat kesan Ramadan. Oleh itu, rebutlah peluang musim pesta ibadah ini. Mudah-mudahan kita berjumpa lagi dengan Ramadan pada tahun yang akan datang..
WAllahu a'lam...
-Hasil nukilan MuFaKkiRaH-
Labels: Tazkirah


Read or Post a Comment
<< Home