Monday, October 1, 2007
Tazkirah Maghrib- 23 Sept 07
disampaikan oleh Ust Kamal Mahadi...Manusia terbahagi kepada 4 kategori..
1)istiqomah dengan amalan soleh- insyaAllah syurga baginya.
2)semasa berada di zaman kanak-kanak dan remaja, elok peribadinya tetapi bila sudah meningkat dewasa jadi lupa dunia. tetapi diberi peluang oleh Allah untuk mengubah diri kepada yang baik semula- insyaAllah syurga baginya.
3)semasa lahir, kanak-kanak dan meningkat dewasa peribadinya elok. tiba satu masa, diuji dengan duniawi sehingga menyebabkan leka dan kufur nikmat- kesudahan yg buruk baginya, سؤالخاتمة
4)sejak lahir sehingga remaja dan dewasa tidak pernah ingat pada Allah- tergolong dalam orang-orang yang syirik.
renungkan kembali. kita tergolong dalam kategori mana? semoga kesudahan yang baik buat kita semua. Hanya Allah sahaja yang mengetahui kesudahan setiap hambaNya. Kita hanya mampu untuk berdoa agar tergolong dalam insan-insan yang diredhai Allah.. insyaAllah..
كن ربانيا و لا تكن رمضانيا
"jadilah hamba Allah, jangan sembah Allah kerana Ramadhan"
pada bulan Ramadhan kita dapat lihat ramai yang menyembah Allah. ramai yang menjalankan perintah Allah, terutamanya berpuasa. mereka yang tidak menutup aurat akan menutup aurat apabila tibanya Ramadhan. mereka yang sentiasa berbuat jahat akan berhenti apabila tibanya Ramadhan. Apabila Ramadhan berakhir? Adakah mereka akan terus dengan kebaikan yang mereka lakukan? jadilah hamba Allah sebenar-benarnya. Janganlah takut kepada Allah hanya pada bulan Ramadhan.. istiqomahlah dalam melakukan kebaikan, bukan pada bulan Ramadhan semata-mata. Jika ada kebaikan yang kita lakukan pada Ramadhan ini, teruskanlah melakukannya di bulan yang akan datang. Jangan dihadkan kebaikan itu pada Ramadhan sahaja.
ولو لا فضل الله و رحمته لكنتم من الخاسرين
"sekiranya bukan kerana kelebihan Allah dan rahmatNya, nescaya kamu tergolong dalam orang-orang yang rugi."
Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat keselesaan yang Allah berikan kepada kita. Jangan sesekali kufur nikmat kerana Allah itu Maha Berkuasa. Tanya diri kita semula.. Berapa banyak dalam sehari kita meminta keampunan Allah.
WAllahu a3lam..
-Hasil nukilan sis MuFaKkiRaH-
Labels: Tazkirah


Read or Post a Comment
<< Home