Wednesday, October 10, 2007
Tazkirah Maghrib- 8 Okt 07
disampaikan oleh Ustaz Rusdi Alias...Rahsia-rahsia puasa..
Ketika nabi Yusof memegang perbendaharaan negara (kekayaan Mesir), baginda terlalu banyak berpuasa. Ada yang bertanya..
لم تجوع و أنت خزائن الأرض؟
"mengapa engkau berlapar sedangkan engkau pemegang kekayaan bumi?"
Nabi Yusuf menjawab,
أخاف إن اشبع فانسى
"aku takut jika aku kenyang, aku akan lupa"
Dengan berpuasa, kita dapat merasai kelaparan orang susah. Apabila berbuka puasa, jangan terlalu kenyang sebab nanti lupa semula.
Apabila Allah menawarkan kepada nabi Muhammad untuk dijadikan kawasan bukit Mekah menjadi emas, setelah membuat keputusan, baginda menolak tawaran tersebut.
لا يا رب ولكن اشبع يوما و اجوع يوما
"tidak Tuhanku, akan tetapi, aku berpuasa sehari dan berlapar sehari"
Dengan berpuasa juga, menjadikan para malaikat berbangga dengan kita sehingga amalan-amalan tersebut hampir mirip dengan malaikat. Apabila seseorang itu memberikan perhatian yang cukup, barulah roh tenang dan hal ini membantu untuk khusyuk. Allah mudah untuk memberi apa yang dihajati hambaNya itu.
3 golongan yang tidak ditolak doanya..
1)الصائم حتى يفطر
-orang yang berpuasa sehingga berbuka puasa
2)دعوة المظلوم
-doa orang yang dizalimi, tiada hijab baginya
3)الإمام العادل
-pemerintah yang adil, yang mengorbankan banyak masa.
ada juga pendapat yang mengatakan bahawa doa ibu bapa kepada anak tidak ditolak.
2 doa yang paling banyak disyorkan pada Ramadan..
1) berdoa supaya dapat masuk syurga
2) berdoa supaya dilindungi daripada azab api neraka
Pintu syurga Ar-Rayyan hanya akan dimasuki oleh orang yang berpuasa.
Muhasabah semula apabila tibanya akhir Ramadan, kita berada ditahap mana.
Kayu ukur penerimaan puasa oleh Allah..
(1) الصوم يذهب الكبر - puasa menghilangkan kesombongan
lawan kepada sifat sombong ialah tawadhu', iaitu sentiasa memandang hebat orang lain.
Kata imam Al-Ghazali, ciri orang yang bersifat tawadhu' ialah, apabila keluar daripada rumah dan jumpa seorang Muslim, kita rasa orang itu lebih daripada kita.
(2) الصوم يذهب شهوة النساء -puasa menghilangkan syahwat yang tinggi kepada orang perempuan.
Sesiapa yang dapat menahan pandangan, akan mendapat kemanisan iman.
كل مؤمنين يعضون من أبصارهم
"setiap orang yang beriman itu menundukkan pandangan mereka"
(3) الصوم يزيل الخشوع -puasa membantu menambahkan khusyuk dalam ibadah.
(4) الصوم يصحح البدن -puasa menyihatkan badan
5 perkara yang Allah beri pada umat nabi Muhammad, tak beri pada umat nabi lain.
1) daripada malam pertama Ramadan, Allah akan melihat kepada orang yang berpuasa dan Allah tak akan azab mereka.
2) bau busuk mulut orang berpuasa ketika petang lebih wangi daripada seharum kasturi.
3) malaikat beristighfar kepada orang yang berpuasa siang dan malam.
4) Allah perintahkan kepada syurga supaya bersiap-siap dan berhias kerana Allah nak masukkan orang yang berpuasa ke dalam syurga.
5) Allah angkat dosa umat nabi Muhammad yang berpuasa dengan betul.
فإذا كان آخر ليلة غفر الله لهم جميعا
"apabila tiba di akhir malam (pada bulan Ramadan), Allah mengampunkan mereka semua"
-celaka bagi orang yang bertemu Ramadan, tapi Allah tak ampunkan dosa.
WAllahu a'lam..
Hasil nukilan MuFaKkiRaH-
Labels: Tazkirah


Read or Post a Comment
<< Home