PAPARAN TERBAIK MENERUSI INTERNET EXPLORER VERSI 6.0 DAN KE ATAS

Tuesday, December 30, 2008

SALAM TAHUN BARU

Posted by surauannaim @ 11:15:00 PM :: (0) comments

Saturday, September 20, 2008

Kem Pemantapan Ibadah Remaja 2008

Tarikh : 22-24 Ogos 2008(Jumaat malam- Ahad)
Tempat : Surau An-Naim Seri Andalas, Klang
Anjuran : Biro Pemuda Pemudi & Biro Dakwah Suarau

Alhamdulilah, pihak Surau telah mengadakan Kem Pemantapan Ibadah Remaja 2008 selama 2 hari 2 malam. Walaupon penyertaan peserta tidak memberangsangkan,pihak pengurusan tetap meneruskan program yang telah dirancang. Proram kali ini adalah tertumpu pada mencantik, mengemas dan menambahkan pengetahuan anak-anak Islam kita tentang ibadah. Tidak ketingganlan juga pihak pengurusan program telah menyelitkan beberapa aktiviti untuk mencungkil kebolehan anak-anak remaja Islam kita dalam memimpin. Antara nilai yg diselitkn adalah amanah iaitu menjaga fail yg diberi, memberanikan diri berucap dihadapan(kepimpinan) , muhasabah diri, melaksanakan tanggungjawab dengan baik (mengemas surau) dan cube menghakis sifat malu berhadapan dengan masyarakat, dan kawan baru dan memberanikan diri ke surau.

Labels:

Posted by Al-Hariz @ 12:01:00 AM :: (0) comments

Saturday, January 5, 2008


Harap maaf... bahagian ini sedang dikemaskini

::AJK Surau Yang Terkini 2007-2010::


PENGERUSI


Tn. Hj Razali b. Hj Zakaria


SETIAUSAHA


En. Salleh b. Zakaria


BENDAHARI


En. Rahim b. Yahaya


IMAM


Tn. Hj Brahim b. Zainal


BILAL


Tn. Hj Md Sharip Amir


SIAK


Tn. Hj Adzhan b. Ismail


WAKIL PEMUDA


En. Mohd Al-Hariz b. Adzhan


WAKIL WANITA


Pn. Hjh Zamsiah bt Ahmad


BILAL JENAZAH PEREMPUAN


Pn. Hjh Khadijah bt Mohd Yassin


AJK


Tn. Hj Mustapha b. Ismail


AJK


Tn. Hj Raja Zainal b. Raja Haider


AJK


Tn. Hj Khalid b. Abd Rahman


AJK


Tn. Hj Mohd Kamal b. Tohiran


AJK


Tn. Hj Abd Wahab b. Mohammad


AJK


Tn. Hj Abu Hassan Atan


AJK


Tn. Hj Mustafa b. Ismail


PEMERIKSA KIRA-KIRA I


Tn. Hj Razali Daud


PEMERIKSA KIRA-KIRA II


Tn. Hj Anuar b. Abdullah

Labels:

Posted by surauannaim @ 9:28:00 PM :: (1) comments

DOA DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUKMIN

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan menunaikan segala perintahNya dan menjauhkan diri daripada segala laranganNya, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang paling bertakwa disisi Allah SWT.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Doa adalah salah satu dari ibadat sunat yang sangat-sangat dituntut supaya dilakukan. Dengan kata-kata lain, doa adalah satu kewajipan ke atas seorang muslim. Kita dikehendaki sering berdoa untuk memohon sesuatu hajat tanpa mengira masa dan keadaan kerana mengharapkan pertolongan dan rahmat Allah. Pintu rahmat Allah SWT sentiasa terbuka untuk hambaNya.
Doa dalam pengertian yang luas, ialah permohonan inayah dari seorang hamba kepada Allah SWT. Pada hakikatnya doa adalah penyataan keberhajatan seorang hamba kepada Allah dan pengakuannya bahawa keupayaan dan kekuatan semata-mata milik Allah SWT. Ia adalah lambang pengabadian dan rasa rendah diri berhadapan dengan keagungan Allah yang menciptanya. Di dalam doa juga terkandung pengucapan pujian dan sandaran sifat pemurah dan penyayang kepada Allah SWT.
Ada orang berkata :
Apa faedahnya doa, sedangkan kadar untuk seseorang sudahpun ditetapkan oleh Allah?. Sesungguhnya doa di syariatkan oleh Allah SWT, supaya ada di dalamnya diri seseorang hamba rasa berharap-harap untuk mencapai keinginannya. Rasa berharap-harap itulah yang mendorong manusia berusaha untuk mendapatkannya, sedangkan orang-orang yang merasa yakin memperolehinya, akan menjadi seorang yang fasik dan malas berusaha. Ingin memperolehi sesuatu dan bimbang akan terlepas, menjadikan manusia kuat bekerja dan berusaha. Harap dan bimbang itulah merupakan paksi ibadat, yang menuntut kesungguhan dan kerajinan dalam mengerjakannya.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Dalam dunia moden hari ini, kekuatan sesuatu bangsa atau golongan, diukur sekuat mana senjata yang dimiliki dan secanggih mana pula senjata itu. Oleh itu industri senjata dan peluru berlumba-lumba mempamerkan produk terbaru mereka. Tetapi di sana ada satu senjata yang tidak dicipta oleh mana-mana kilang senjata, samada di timur atau di barat. Senjata itu hanya milik sekumpulan manusia sahaja iaitu kelompok muslim. Senjata itu senjata rabbani. Senjata para Nabi dan Rasul, malah senjata para Muttaqin sepanjang zaman.
Dengan senjata itulah Nabi Allah Nuh AS terselamat, kaumnya yang kafir tenggelam dalam taufan. Dengan senjata itulah Nabi Allah Musa AS terselamat dari kezaliman Firaun. Dengan senjata itulah nabi Allah Salleh AS terselamat dan kaum Tsamud binasa. Dengan senjata itulah Nabi Allah Hud AS berjaya dan kaum Aad kecundang. Dengan senjata itulah Nabi Muhammad SAW menempa kejayaan gemilang dan kaum musyrikin penentangnya tersungkur. Dengan senjata itulah bangsa Rom dan Parsi di kalahkan oleh para sahabat Baginda.
Para jemaah sekalian,
Senjata yang dimaksudkan itu ialah doa, senjata mukmin sepanjang zaman. Doa disyariatkan sebagai ibadah. Abu Daud, Al-Tarmizi dan Ibnu Majjah ada meriwayatkan :
Daripada Al-Nu'man bin Bashir RA berkata :
Rasulullah SAW bersabda : Doa adalah ibadah. Al-nu'man menjelaskan lagi selepas itu Rasulullah SAW membaca ayat 60 dari surah Ghafir yang bermaksud :
" Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina."
Hadirin yang dihormati,
Sebenarnya setiap doa pasti akan dikabulkan Allah SWT, asalkan ia bertujuan baik, seperti mengharapkan kesejahteraan dunia dan akhirat, murah rezeki, kesihatan yang baik, tambahan ilmu yang baik, peningkatan iman dan sebagainya. Sebaliknya Islam sangat melarang dan mengharamkan doa yang bertujuan tidak baik, seperti minta dimatikan atau dibinasakan, kerana tidak mampu menghadapi dugaan Allah, dan meminta Allah menurunkan bala ke atas orang yang di dengki. Selain itu kemuliaan doa juga, tidak boleh dicemari melalui upacara-upacara yang bertentangan dengan syariat Islam.
Lapangan untuk kita berdoa sangat luas, tidak ada had sempadannya, kecuali doa yang tidak baik seperti yang dijelaskan tadi. Begitu juga masa dan ketika untuk kita bermunajat dn berdoa kepada Allah SWT terbuka di hadapan kita seluas-luasnya, siang ataupun malam, dalam keadaan susah atau senang. Kalau kita mengingati Allah sewaktu dalam kesenangan, Allah akan mengingati kita waktu kita dalam kepayahan.
Namun, ada beberapa yang sangat-sangat digalakkan kita berdoa, antaranya hari arafat (hari ke sembilan bulan Zulhijjah), bulan Ramadhan, hari Jumaat, waktu selepas tengah malam ketika orag lain sedang nyenyak tidur, waktu antara azan dan iqamah dan banyak lagi.
Rasulullah SAW ada menyebut dalam sebuah hadis yang dnyatakan oleh Anas RA, Baginda bersabda yang bermaksud :
" Doa yang diucapkan antara azan dan iqamah tidak akan ditolak."
(Riwayat Al-Tarmizi, Abu Dawud, dan Hassan).
Antara waktu-waktu yang terbaik dipanjatkan doa kehadrat Allah SWt seperti waktu berangkat ke medan perang untuk menegak atau mempertahankan agama Allah, ketika hujan, sewaktu berbuka puasa, dalam sujud dn dalam musafir yang bertujuan baik lagi diharuskan. Antara hadis yang dapat disebutkan antara lain :
" Waktu yang paling hampir seseorang hamba itu dengan Tuhannya ialah ketika ia sedang sujud, maka perbanyakkan olehmu doa (dalam sujud)."
(Hadis riwayat Muslim)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bersopan santun dan bersungguh-sungguh ketika berdoa amat dituntut oleh agama. namun kita lihat di mana-mana jua, keadaan sambil lewa atau kurang berharap, banyak berlaku di kalangan mereka yang berdoa atau mengaminkan doa, seperti mengangkat tangan dengan tidak bermaya, meletakkan tangan di atas riba sambil berbual-bual dan lain-lain lagi.
Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali menggariskan adab ketika berdoa :
- Dalam keadaan khusyuk
- Menghadap kiblat dan mengangkat tangan samapi ke paras bahu.
- Merendahkan suara, hanya sekadar didengar oleh telinga sendiri dan orang yang hampir dengan kita.
- Tidak perlu menggunakan kata-kata yang bersajak dan bermadah, cukupkah dengan kata-kata yang sederhana seperti yang selalu diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat .
- Meyakini dngan doa yang dilafazkan. Tidak kecewa dan gelisah jika doa masih belum dikabulkan Allah.
- Memulakan doa dengan memuji Allah dan Rasulnya.
- Bertaubat sebelum berdoa.
Ulamak lain ada menambah berdoa dengan nama-nama Allah yang mulia.
Allah SWT telah memilih untukNya nama-nama seperti :
Al-Hakiimu (Yang Maha Bijaksana)
Al-Kariimu ( Yang MahaPemurah/ Mulia)
Al-'Aliimu ( Yang Maha Mengetahui)
Al-Haliimu (Yang Maha Penyantun)
Al-Hayyu (Yang Maha Hidup)
Al-Qayyum (Yang Maha terus mengurus makhluk)
Zuwaljalaliwalikram (Yang Maha agung Maha mulia) dan lainnya.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Sangat banyak hikmah dan manfaat dari berdoa, antaranya :
- Menampaakkan ketauhidan : Berdoa adalah bukti adanya hubungan dengan Allah.
- Jujur dan ikhlas dalam beribadat.
- Meraih cinta Allah :
Allah amat kasih kepada orang yang banyak berdoa.
- Mendekatkan hamba kepada Allah
- Percaya dengan janji Allah
- Mengusir Syaitan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Doa adalah hubungan langsung antara hamba dengan Allah. Allah Maha mengetahui segala kemahuan hambanya, lantas pintu munajat dan doa dibuka luas, untuk mereka memohon bantuan rahmatNya dan Allah sentiasa bersedia menanti doa hambaNya untuk memperkenankannya.
(Al-Baqarah:186)
"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran."



-Dipetik dari Khutbah Jumaat 4 Januari 2008
Bersamaan 25 Zulhijjah 1428H

Labels: ,

Posted by surauannaim @ 2:04:00 PM :: (0) comments

Thursday, December 20, 2007

SAMBUTAN HARI RAYA IDULADHA

Antara acara kemuncak bagi setiap tahun dalam kalender Islam ialah majlis korban dan aqiqah. Oleh itu Pihak Surau juga tidak ketinggalan menjalankan Ibadah Korban dan aqiqah seperti yang telah diadakan setiap tahun. Alhamdulillah sebanyak 11 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini dengan penyertaan dikalang kariah surau.

Majlis korban dijalankan selepas Solat Sunnat Iduladha iaitu pada pukul 10 pagi. Pada tahun ini juga anak-anak muda dipanggil bagi bersama menjayakan majlis korban dan aqiqah ini. Berkat kerjasama dan pertolongan seluruh penduduk dan kariah Surau An-Na'im kesemua lembu dan bahagian telah diagihkan pada mereka yang berkenaan menjelang zohor.

Pihak Surau mengucapkan terima kasih diatas pertolongan semua pihak dalam Majlis Korban dan Aqiqah pada tahun ini. Tidak lupe juga pada semua AJK yang tertlibat seperti Para petugas, bahagian pemprosesan dan bahagian masak.




  • "Tarik-tarik, sampai tumbang"

  • Penyembelihan dilakukan oleh Tn. Hj. Dzulkifly B. Alias


  • Suassana Majlis






Labels:

Posted by Al-Hariz @ 9:04:00 PM :: (0) comments

Thursday, November 8, 2007

Majlis Menyambut Bakal-Bakal Haji 1428H/2007M

Pada hari ini telah diadakan majlis menyambut bakal-bakal jemaah haji yang akan pergi menunaikan haji pada tahun ini 1428 H. Alhamdulilah pada tahun ini, seramai 20 orang jemaah kariah Surau An-Na'im telah dijemput menjadi tetamu khas Allah ke tanah suciNYA. Majlis yang gilang gemilang ini dimulakan dengan solat maghrib berjamaah dan disusuli dengan bacaan yasin , doa selamat dan tahlil yang di pimpin oleh Tuan Imam, Tn. Haji Abdul Jalil. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari Tuan Pengerusi Surau An-Na'im, Tn. Haji Razali Zakaria dan wakil jemaah yang akan menunaikan haji iaitu, Prof. Mohamad Bin Awang. Seterusnya penyampaian cenderahati kepada 20 orang jemaah yang disampaikan oleh Tuan Pengerusi. Majlis disambung dengan menunaikan solat Isyak berjemaah dan jamuan.


*Harap maaf. Atas sebab teknikal, tiada gamba bagi berita ini*

-Disediakan Oleh-
Bro Alhariz

Labels:

Posted by Al-Hariz @ 10:33:00 PM :: (0) comments

Thursday, November 1, 2007

Majlis Khatam Quran, Jamuan Hari Raya & Meraikan bakal2 haji (Kaum Muslimah)

Hari: Khamis
Tarikh: 1 November 2007
Masa: Selepas Solat Isyak
Tempat: Surau An-Na'im

Seperti yang dirancangkan seminggu sebelum program akhirnya berjalan juga Majlis Khatam Quran, Jamua Hari Raya & meraikan Bakal-bakal haji. Majlis ini bermula dengan bacaan surah-surah lazim yang dimulakan oleh Ustazah Fatimah selaku guru utama bagi kaum muslimah. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa selamat bagi mendoakan bakal-bakal haji. Kemudian disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada bakal-bakal haji dan pentadarus-pentadarus semasa bulan ramadhan dan jamuan hari raya idulfitri.

-Disediakam Olah-
Bro Alhariz
"Maaf kerana tiada gambar pada page ini"

Labels:

Posted by Al-Hariz @ 11:16:00 PM :: (0) comments

Thursday, October 11, 2007

Perginya Ramadhan & Munculnya Hari Raya ldilfitri

Perginya Ramadhan &

Munculnya Hari Raya Idilfitri

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Moga Allah Menerima Amalan Kita

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.

Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

Bolehkah Bersuka Ria di Hari Raya?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

Mengapa Mukmin Soleh Bersedih ?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Secara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.

Tamatnya Siri Yang Amat Diminati

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

Ringkasan Amalan Di Hari Raya

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri

"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"

Sekian dahulu,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

27 Ramadhan 1428 H

9 Oktober 2007

Post by:sheikh_along@yahoo.com

Disediakan oleh

-Bro Alhariz-

Labels: ,

Posted by surauannaim @ 6:36:00 AM :: (0) comments

Wednesday, October 10, 2007

Tazkirah Maghrib- 8 Okt 07

disampaikan oleh Ustaz Rusdi Alias...

Rahsia-rahsia puasa..

Ketika nabi Yusof memegang perbendaharaan negara (kekayaan Mesir), baginda terlalu banyak berpuasa. Ada yang bertanya..
لم تجوع و أنت خزائن الأرض؟
"mengapa engkau berlapar sedangkan engkau pemegang kekayaan bumi?"

Nabi Yusuf menjawab,
أخاف إن اشبع فانسى
"aku takut jika aku kenyang, aku akan lupa"

Dengan berpuasa, kita dapat merasai kelaparan orang susah. Apabila berbuka puasa, jangan terlalu kenyang sebab nanti lupa semula.

Apabila Allah menawarkan kepada nabi Muhammad untuk dijadikan kawasan bukit Mekah menjadi emas, setelah membuat keputusan, baginda menolak tawaran tersebut.
لا يا رب ولكن اشبع يوما و اجوع يوما
"tidak Tuhanku, akan tetapi, aku berpuasa sehari dan berlapar sehari"

Dengan berpuasa juga, menjadikan para malaikat berbangga dengan kita sehingga amalan-amalan tersebut hampir mirip dengan malaikat. Apabila seseorang itu memberikan perhatian yang cukup, barulah roh tenang dan hal ini membantu untuk khusyuk. Allah mudah untuk memberi apa yang dihajati hambaNya itu.

3 golongan yang tidak ditolak doanya..
1)الصائم حتى يفطر
-orang yang berpuasa sehingga berbuka puasa
2)دعوة المظلوم
-doa orang yang dizalimi, tiada hijab baginya
3)الإمام العادل
-pemerintah yang adil, yang mengorbankan banyak masa.
ada juga pendapat yang mengatakan bahawa doa ibu bapa kepada anak tidak ditolak.

2 doa yang paling banyak disyorkan pada Ramadan..
1) berdoa supaya dapat masuk syurga
2) berdoa supaya dilindungi daripada azab api neraka

Pintu syurga Ar-Rayyan hanya akan dimasuki oleh orang yang berpuasa.

Muhasabah semula apabila tibanya akhir Ramadan, kita berada ditahap mana.
Kayu ukur penerimaan puasa oleh Allah..
(1) الصوم يذهب الكبر - puasa menghilangkan kesombongan
lawan kepada sifat sombong ialah tawadhu', iaitu sentiasa memandang hebat orang lain.
Kata imam Al-Ghazali, ciri orang yang bersifat tawadhu' ialah, apabila keluar daripada rumah dan jumpa seorang Muslim, kita rasa orang itu lebih daripada kita.

(2) الصوم يذهب شهوة النساء -puasa menghilangkan syahwat yang tinggi kepada orang perempuan.
Sesiapa yang dapat menahan pandangan, akan mendapat kemanisan iman.
كل مؤمنين يعضون من أبصارهم
"setiap orang yang beriman itu menundukkan pandangan mereka"

(3) الصوم يزيل الخشوع -puasa membantu menambahkan khusyuk dalam ibadah.

(4) الصوم يصحح البدن -puasa menyihatkan badan

5 perkara yang Allah beri pada umat nabi Muhammad, tak beri pada umat nabi lain.
1) daripada malam pertama Ramadan, Allah akan melihat kepada orang yang berpuasa dan Allah tak akan azab mereka.
2) bau busuk mulut orang berpuasa ketika petang lebih wangi daripada seharum kasturi.
3) malaikat beristighfar kepada orang yang berpuasa siang dan malam.
4) Allah perintahkan kepada syurga supaya bersiap-siap dan berhias kerana Allah nak masukkan orang yang berpuasa ke dalam syurga.
5) Allah angkat dosa umat nabi Muhammad yang berpuasa dengan betul.
فإذا كان آخر ليلة غفر الله لهم جميعا
"apabila tiba di akhir malam (pada bulan Ramadan), Allah mengampunkan mereka semua"
-celaka bagi orang yang bertemu Ramadan, tapi Allah tak ampunkan dosa.


WAllahu a'lam..

Hasil nukilan MuFaKkiRaH-

Labels:

Posted by HidupSentiasaCeria @ 3:53:00 PM :: (0) comments

Tazkirah Maghrib- 1 Okt 07

disampaikan oleh Ustaz Azhar Yahya...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"
-Al-Baqarah, ayat 183-

Ayat tersebut turun pada 10 Syaaban tahun 2 Hijrah.

Allah kaitkan kewajipan berpuasa dengan sejarah. Hikmahnya, supaya kita mengkaji.
Pada zaman dahulu, wajib berpuasa pada
-ayyamul bayadh, 13,14 & 15 setiap bulan hijrah
-isnin dan khamis
-yaumul asyura', 10 Muharam
-hari Arafah, 9 Zulhijjah

Perubahan hari berpuasa hanya boleh dibuat oleh Allah.
"Apa sahaja yang kami ubah, kami akan ganti yang sama @ yang lebih baik"

Puasa Ramadan ialah suatu yang boleh dibanggakan kerana syariatnya tetap terjaga.
Allah menggunakan perkataan
كتب عليكم الصيام -telah ditulis @ dipahat ke atas kamu berpuasa
tidak pula Allah menggunakan فرض -difardhukan @ وجب -diwajibkan
Ulama berpendapat bahawa jika menggunakan "diwajibkan @ difardhukan", banyak benda yang berkaitan dengan kewajipan yang manusia langgar. Oleh itu, Allah menggunakan perkataan "dipahat" yang memberi makna telah terpahat kewajipan untuk berpuasa.

Jika kita lihat semula, ramai manusia yang mengabaikan kewajipan lain, tetapi masih menjaga syariat berpuasa. Hukum berpuasa inin tidak akan diubah oleh sesiapa pon, walaupon hukum-hukum yang lain habis berterabur dibuatnya. Sebagai contoh, ramai yang meringan-ringankan hukum solat samada melewat-lewatkannya atau tidak solat langsung tetapi tidak ada seorang pon yang mengubah waktu berpuasa seperti mempercepatkan waktu berbuka 3 jam awal.

Setiap orang dicampakkan 'kehendak untuk melakukan kebaikan'. Tujuannya supaya..
1) manusia diberi peluang untuk kembali kepada Allah
2) manusia diberi peluang untuk membaiki diri sebulan Ramadan

Allah mencampakkan rahmatNya, ruang yang begitu luas sepanjang 30 hari pada bulan Ramadan. Tiada syaitan yang mengganggu tetapi hanya manusia yang mengingkari perintah Allah pada masa ini atas kawalan nafsu. Mudah-mudahan, nafsu kita dapat dididik sebulan ramadan ini. Jika kita melakukannya dengan bersungguh-sungguh, kita akan dapat melihat kesan Ramadan. Oleh itu, rebutlah peluang musim pesta ibadah ini. Mudah-mudahan kita berjumpa lagi dengan Ramadan pada tahun yang akan datang..


WAllahu a'lam...

-Hasil nukilan MuFaKkiRaH-

Labels:

Posted by HidupSentiasaCeria @ 11:21:00 AM :: (0) comments

Tuesday, October 9, 2007

Tazkirah Maghrib- 30 Sept 07

disampaikan oleh Ustaz Nasirudin...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"
-Al-Baqarah, ayat 183-

Ayat tersebut turun di Madinah.
Berpuasa sebab difardhukan, bukan sebab adat.
Semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Jika berpuasa tapi masih melakukan dosa, tidak memperoleh taqwa.

Majlis ilmu harus diteruskan walaupon berpuasa kerana majlis ilmu itu lebih afdhal berbanding solat sunat.
"Barangsiapa yang mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadan, Allah akan mencatat setiap langkahnya sebagai ibadah satu tahun dan Allah akan tempatkannya dibawah panji-panji Allah"

muhasabah semula diri masing-masing. kenapa 10 malam akhir Ramadan, masjid lengang. sebaiknya, dalam bulan Ramadan ini, cuba ubah diri kepada yang lebih baik.
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغير ما بأنفسهم
"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri"

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعاً إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
"Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (qiblatnya sendiri) yang mereka menghadap ke arahnya (ketika solat). Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."
-Al-Baqarah, ayat 148-

untuk mengajak orang berbuat baik, kita kena jadi contoh. jangan leka dengan benda-benda yang tak sepatutnya dibuat dan sentiasa tegur menegur. jika seseorang itu ditegur, tapi hatinya masih keras untuk menerima teguran itu, salah satu sebabnya adalah dia tidak berzikir.
ألا بذكر الله تطمئن القلوب
"bukankah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang?"

"Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua-dua orang tuanya dalam bulan Ramadan, maka akan mendapat perhatian Allah dengan kasih sayang dan akan menjamin syurga"..


WAllahu a'lam..

-Hasil nukilan MuFaKkiRaH-

Labels:

Posted by HidupSentiasaCeria @ 1:02:00 PM :: (0) comments

Sunday, October 7, 2007

Majlis Khatam Quran & Penyampaian Cenderhati

Pada hari yang sama majlis penyampaian sumbangan anak yatim, diselitkan sekali majlis khatam quran dan penyampaian cenderahati kepada imam dan bilal yang terlibat sepanjang bulan ramadhan, pentadarus, petugas remaja dan petugas dapur. Alhamdulillah majlis ini juga berjalan dengan jayanya dengan bilangan jemaah yang masih ramai sehingga memeriahkan majlis ini. Majlis ini diketuai oleh Alfadil Tuan Hj. Aluwi B. Parman selaku penasihat Surau An-Na'im, diikuti Iman satu Ustaz Hj. Brahim Zainal dan para jemaah.























































Disediakan Oleh
-Bro Alhariz-

Labels:

Posted by surauannaim @ 11:19:00 PM :: (0) comments

Majlis Penyampaian Sumbangan Anak-anak Yatim & Ibu Tunggal

Alhamdulillah, pada 7 oktober bersamaan 25 Ramadhan 1428H berlansungnya Majlis Penyampaian Sumbangan Anak-anak Yatim. Majlis bermula dengan berbuka puasa bersama anak-anak yatim yang dimeriahkan lagi dengan kehadiran iaitu YB Dato' Hj. Amzah B. Umar bersama isterinya dan penasihat Surau An-Na'im, Tuan Hj. Aluwi B. Parman. Anak-anak yatim ini adalah dari seluruh kariah Surau An-Na'im yang berumur bawah 15 tahun yang kehilangan ibu atau ayah mereka di dunia ini. Dalam majlis ini juga disertakan penyampaian cenderamata kapada ibu-ibu tunggal yang menyara anak-anak yatim tadi.



















































Disediakan oleh
-Bro Alhariz-

Labels:

Posted by surauannaim @ 11:11:00 PM :: (0) comments

Monday, October 1, 2007

Tazkirah Maghrib- 29 Sept 07

disampaikan oleh Ustaz Khusaini...

Di pertengahan Ramadan Allah buka pintu pengampunan.
amalan Nabi ketika Ramadan..
-beriktikaf
-menghidupkan 10 malam terakhir
-mengejutkan ahli keluarganya

Ciri-ciri orang yang bertaqwa.
1) bersifat dengan sifat tawadhu'- merasa rendah diri
2) bersifat dengan sifat qanaah- rasa cukup dengan apa yang ada
3) bersifat dengan sifat wara'- tak suka benda makruh
4) bersifat dengan sifat yakin- yakin dengan Al-Quran, hadith...

Anak yang soleh sentiasa mendoakan ibu bapa.
Jangan kedekut apabila berdoa. Doakan juga orang2 lain.
Bila dengar takbir, orang dalam kubur menangis sebab akan diseksa.
"Apabila mati seorang anak Adam, terputus amalannya melainkan tiga perkara:
1) sedekah jariah
2) ilmu yang disampaikan
3) anak soleh yang mendoakannya"

Bila kita tidak membaca Al-Quran, hati gundah gulana.
Tarbiyah islam sangat penting dalam kehidupan seharian.
Perkara pertama yang akan disoal pada hari Kiamat adalah solat.

Kita hendaklah..
-mengubah diri kita sekiranya masih malas
-mengubah diri supaya mendapat keredhaan Allah

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة و لا تختم علينا بسؤ الخاتمة
"Ya Allah, tamatkanlah kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah tamatkan kami dengan kesudahan yang buruk"


WAllahu a'lam..

-Hasil nukilan MuFaKkiRaH-

Labels:

Posted by HidupSentiasaCeria @ 4:43:00 PM :: (0) comments

Tazkirah Maghrib- 26 Sept 07

disampaikan oleh Ustaz Zawawi Yusof...

Celakalah bagi seseorang itu apabila..
1) Berakhirnya Ramadan, tapi Allah tak ampunkan dosa.
2) Tidak menjawab apabila mendengar orang menyebut صلى الله عليه وسلم
3) Tidak berbuat baik kepada ibu bapa yang masih hidup.

kata Saad bin Bilal, bila seseorang itu melakukan dosa, Allah masih beri beberapa nikmat seperti
1)rezeki
2)kesihatan
3)Allah tutup dosa tersebut
kerana Allah nak kita berfikir.

Allah akan hapuskan dosa melalui...
1) ibadah
2) istighfar
3) apabila bersalaman

ومن يعمل سؤ ثم يستغفر الله يجد الله غفورا رحيما
"sesiapa yang mengerjakan kejahatan kemudian memohon keampunan Allah, dia akan mendapati bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"

Amalan di bulan Ramadan..
1) istighfar
2) mengulang syahadah
3) minta syurga banyak-banyak
4) minta keredhaan pada Allah

Cara-cara bertaubat..
1) menyesal dengan kesilapan yang telah dilakukan
2) meninggalkan kesilapan tersebut
3) mesti ada keazaman untuk tidak melakukannya lagi
ومن لم يتب فأولئك هم الظالمون
"sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka adalah orang-orang yang zalim"

Bila Allah timpakan musibah, jangan berputus asa kerana ini menunjukkan bahawa Allah sayang kita. Jika kita redha, keredhaan Allah bagi kita. Tetapi jika kita keluh kesah, Allah akan murka.

إذا أحب الله عبدا ابتداه
"jika Allah menyukai hambanya, Allah akan menjauhinya"
bila kita berdoa, bukan bermakna Allah tak akan bagi. Ada yang Allah bagi, tapi lambat. Ada juga doa yang Allah memang tak akan makbulkan, semata-mata untuk kebaikan kita.

Bila kita sakit, kita sabar dengan kesakitan yang diuji, Allah angkat darjat kita disisiNYA.

"Adakah kamu merasakan bahawa kamu sedang beriman sedangkan kamu belum diuji?"


WAllahu a'lam..

-Hasil nukilan MuFaKkiRaH-

Labels:

Posted by HidupSentiasaCeria @ 4:42:00 PM :: (0) comments

Tazkirah Maghrib- 25 Sept 07

disampaikan oleh Ustaz Ahmad Arun...

إِن تَجْتَنِبُواْ كَبَآئِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُم مُّدْخَلاً كَرِيماً
"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa kecil) kamu dan Kami akan memasukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)."
-An-Nisa', ayat 31-

berikan perhatian kepada Al-Quran..
Tanda-tanda dosa besar:
1) Mana-mana pelaku dosa itu diancam dengan hukuman yang tetap, yang telah ditentukan oleh Allah sebagai mutlak. (hukum hudud)
2) Mana-mana pelaku dosa itu diancam dengan azab yang pelbagai.
contohnya,
إن الذين فتنوا المؤمنين و المؤمنات ثم لهم عذاب جهنم ولهم عذاب حريق
"Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, bagi mereka azab neraka jahanam dan azab yang pedih"


WAllahu a'lam..

-Hasil nukilan MuFaKkiRaH-

Labels:

Posted by HidupSentiasaCeria @ 4:40:00 PM :: (0) comments

Tazkirah Maghrib- 24 Sept 07

disampaikan oleh Ustaz Shukor..

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ ....
"bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan membezakan antara yang hak dan yang batil....."
-Al-Baqarah, ayat 185-

pada 17 Ramadhan, al-Quran diturunkan sekaligus 30 juzuk, dibawa oleh 70 ribu malaikat daripada baitul3izzah secara beransur-ansur selama 23 tahun.
Al-Quran diturunkan mengikut peristiwa yang berlaku dan yang akan berlaku.
contohnya, pengharaman arak..


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu. mudah-mudahan kamu bertaqwa."
-Al-Baqarah, ayat 183-

Orang yang layak masuk syurga ialah orang yang bertaqwa. Berpuasa dapat menjadikan seseorang itu bertaqwa.

Sempena bulan Ramadhan, banyak majlis-majlis ilmu dihidupkan. Mengapa majlis ilmu diwujudkan?

فذكر فإن الذكر تنفع المؤمنين
"berilah peringatan. sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman"

وما خلقت الجن و الإنس إلا ليعبدون
"tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat"

oleh itu, istiqomahlah dalam melakukan setiap kebaikan..


WAllahu a3lam..

-Hasil nukilan sis MuFaKkiRaH-

Labels:

Posted by surauannaim @ 1:23:00 PM :: (0) comments

Tazkirah Maghrib- 23 Sept 07

disampaikan oleh Ust Kamal Mahadi...

Manusia terbahagi kepada 4 kategori..
1)istiqomah dengan amalan soleh- insyaAllah syurga baginya.
2)semasa berada di zaman kanak-kanak dan remaja, elok peribadinya tetapi bila sudah meningkat dewasa jadi lupa dunia. tetapi diberi peluang oleh Allah untuk mengubah diri kepada yang baik semula- insyaAllah syurga baginya.
3)semasa lahir, kanak-kanak dan meningkat dewasa peribadinya elok. tiba satu masa, diuji dengan duniawi sehingga menyebabkan leka dan kufur nikmat- kesudahan yg buruk baginya, سؤالخاتمة
4)sejak lahir sehingga remaja dan dewasa tidak pernah ingat pada Allah- tergolong dalam orang-orang yang syirik.

renungkan kembali. kita tergolong dalam kategori mana? semoga kesudahan yang baik buat kita semua. Hanya Allah sahaja yang mengetahui kesudahan setiap hambaNya. Kita hanya mampu untuk berdoa agar tergolong dalam insan-insan yang diredhai Allah.. insyaAllah..

كن ربانيا و لا تكن رمضانيا
"jadilah hamba Allah, jangan sembah Allah kerana Ramadhan"
pada bulan Ramadhan kita dapat lihat ramai yang menyembah Allah. ramai yang menjalankan perintah Allah, terutamanya berpuasa. mereka yang tidak menutup aurat akan menutup aurat apabila tibanya Ramadhan. mereka yang sentiasa berbuat jahat akan berhenti apabila tibanya Ramadhan. Apabila Ramadhan berakhir? Adakah mereka akan terus dengan kebaikan yang mereka lakukan? jadilah hamba Allah sebenar-benarnya. Janganlah takut kepada Allah hanya pada bulan Ramadhan.. istiqomahlah dalam melakukan kebaikan, bukan pada bulan Ramadhan semata-mata. Jika ada kebaikan yang kita lakukan pada Ramadhan ini, teruskanlah melakukannya di bulan yang akan datang. Jangan dihadkan kebaikan itu pada Ramadhan sahaja.

ولو لا فضل الله و رحمته لكنتم من الخاسرين
"sekiranya bukan kerana kelebihan Allah dan rahmatNya, nescaya kamu tergolong dalam orang-orang yang rugi."

Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat keselesaan yang Allah berikan kepada kita. Jangan sesekali kufur nikmat kerana Allah itu Maha Berkuasa. Tanya diri kita semula.. Berapa banyak dalam sehari kita meminta keampunan Allah.


WAllahu a3lam..

-Hasil nukilan sis MuFaKkiRaH-

Labels:

Posted by surauannaim @ 1:22:00 PM :: (0) comments

Tazkirah Maghrib- 22 Sept 07

disampaikan oleh Ust Jefri Isa...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
"wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu. mudah-mudahan kamu bertaqwa."
-Al-Baqarah, 183

Sepertimana yang terdapat di dalam ayat di atas, asas kepada ketaqwaan ialah beriman kepada Allah. Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk bertaqwa. Semoga ia berterusan hingga ke bulan seterusnya.

صوموا تصحوا
Dalam keadaan berlapar, kita akan menjadi sihat & akal pula semakin cergas.
disebab itu, Allah menurunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan.

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
"kitab ini (Al-Quran) ini tiada keraguan padanya. petunjuk bagi orang yang bertaqwa."
-Al-Baqarah, ayat 2.

قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعاً بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى
"Allah berfirman: turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripadaKu, lalu barang siapa yang mengikut petunjukKu, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka."
-Thaha, ayat 123.

orang yang bertaqwa menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
mengenepikan Al-Quran bererti mengambil kesesatan. jika kita mengatakan bahawa sesuatu hukum yang ada dalam al-Quran itu tidak sesuai, bermakna kita menafikan zat Allah dan tergolong dalam orang-orang yang kufur. Na3uzubillahi min zalik..

Ibn Abbas berkata, bagi mereka yang sesat dan tidak berpegang kepada al-Quran,
1)tidak akan diangkat amalan mereka seperti solat, puasa, zakat...
2)doanya tidak diangkat oleh Allah kerana pintu langit tidak dibuka, Allah tak nak terima.
3)rohnya tidak akan diangkat ke langit

oleh itu, amalan kita hendaklah beserta taqwa. mata, telinga, mulut dan hati perlu dijaga ketika puasa untuk memperolehi ketaqwaan. jika bertaqwa kepada Allah, Allah akan beri kelebihan dan keajaiban kepada kita dari sudut rezeki, jalan keluar, ilmu, ilham, kasyaf, Allah tutup dosa (ampunkan), jauhkan daripada neraka, masuk ke dalam syurga dan Allah akan cintakan hambaNya yang bertaqwa..

Wallahu a3lam..

-Hasil nukilan sis MuFaKkiRaH-

Labels:

Posted by surauannaim @ 1:22:00 PM :: (0) comments

Majlis Berbuka Puasa

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun lepas Surau An-Na'im masih lagi meneruskan aktiviti di bulan Ramadhan ini bagi menarik lebih ramai lagi jemaah datang ke surau dan sekaligus mengimarahkan surau. Antara aktiviti yang diteruskan adalah solat fardhu dan sunnat tarawih berjemaah, tadarus Al-Quran, bubur lambuk dan moreh. Sama Seperti yang dilakukan tahun lepas, pihak surau meneruskan aktiviti majlis berbuka puasa dan tazkirah sebelum solat Fardhu Isyak dan sunnat tarawih. Alhamdulilah, pada tahun ini majlis berbuka puasa telah bertambah kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan jemaah dan juga para dermawan yang menderma untuk majlis ini. Segala aktiviti surau bolehlah disemak pada ruangan aktiviti surau .










































































Disediakan oleh
-Bro Alhariz-

Labels:

Posted by surauannaim @ 1:20:00 PM :: (0) comments

::Informasi::

::KateGoRi ArTikeL::

::Info Surau::












Perhatian Kepada
Para Remaja(lelaki&perempuan)
& Pemuda Pemudi
Seluruh Kariah Surau An-Na'im
Wakil Pemuda Surau
Meminta Kerjasama Anda Yang
Berumur 16-25 tahun
Menghantar maklumat diri anda seperti
nama penuh, no. ic, alamat rumah,
tempat belajar, kursus yang diambil,
dan beserta kemahiran yang dimiliki.


Maklumat anda bolehlah
diemailkan kepada
surau_annaim@yahoo.com
atau alhariz87@gmail.com


Sebarang buah fikiran,
komen & cadangan juga
amat dialu-alukan


PENGUMUMAN
1)VCD KOLEKSI RAKAMAN TAZKIRAH TERPILIH
SEPANJANG BULAN RAMADHAN
HANYA RM10
(2CD didalamnya)


VCD/DVD RAKAMAN CERAMAH
MAULIDUR RASUL 1429h
DISAMPAIKAN OLEH
USTAZ ZAMRI ZAINAL ABIDIN
PENERBIT PROGRAM RADIO IKIM.FM
BERTAJUK:RASULULLAH S.A.W
QUDWAH SEMOURNA SEPANJANG ZAMAN
*Sebahagian pembelian
akan dimasukkan
kedalam tabung surau










::Komentar::


::Halwa Telinga::

::Jejak Tamu::

hit counter
free web counter